Saturday, 28 November 2009
DETIK-DETIK TERAKHIR BERSAMA DIA (UKHTI JOY, UST.AZIZEE, JIJAH&LAH)
Semalam merupakan detik-detik terakhir kami di RS Kelantan bersama insan yang banyak berjasa dalam kehidupan kami. Program yang dibuat khas untuk memberitahu yang kami akan kehilangannya untuk tempoh yang sangat lama. Dr. zaharah Sulaiman (Pengerusi RS Kelantan) Suami, Ust. Azizee Rohim B. Japri & anak-anak akan meneruskan perjuangan mereka di Melbourne, Australia. Ukhti akan menyambung ke Peringkat PHD & Ust. mempunyai tanggungjawab besar dalam misi dakwahnya.....
>Malam Hari Raya Pertama Aidiladha ini, kami mulakan dengan solat Isya' berjemaah, takbir raya, Tazkirah dari Ust. Azizee & sesi perkongsian bersama dua insan istimewa bagi adik-adik di RS kelantan ini.
Bagi adik-adik, Ukhti&Ust. umpama Ibu&ayah mereka.
Bagi ana sendiri ucapan khas ini ditujukan buat 2 insan ini, maafkan ana andai membuat hati ukhti&ust. tertanya-tanya? Terima kasih Ya Allah kerana mempertemukan mereka dalam hidup ana.Ana hanya manusia biasa yang belajar dari pembelajaran, pengalaman & kesilapan yang dilakukan oleh diri ana sendiri. ana akan belajar berdikari tanpa insan yang banyak membantu mematangkan ana..... Tapi ana yakin Allah sentiasa bersama kita.
Ukhuwah ini terjalin di atas pertemuan & perpisahan seorang hamba Allah.
Bertemu & berpisah kerana Allah..
Bertemu tak pernah jemu...
Berpisah Tak pernah gelisah...
Salam perjuangan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Alhamdulillah.. semoga kejayaan umat Islam semakin bertambah hendaknya. "Benih yang baik dibuang ke laut menjadi pulau."
thanks for the comment
Post a Comment