Friday 26 February 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI RS KELANTAN

Alhamdullillah pada jumaat 26 Feb 2010/12 Rabiul 'Awal 1431H, kami di RSK membuat beberapa aktiviti untuk meningkatkan rasa kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. di kalangan pelatih-pelatih RS Kelantan. Dengan tema "KeperibadianMu, Ikutan Kami". Dibahagikan kepada 3 Sesi,sesi pagi, petang dan malam. Antara aktiviti yang dijalankan pada sesi pagi ialah pertandingan puisi dan bercerita oleh penghuni RSK. Juri yang menilai persembahan adik-adik ialah Pengerusi RSK, Dr. Dasmawati Mohammad.

Sesi petang diraikan dengan ceramah. Penceramah jemputan Maulidur Rasul, Dr. Adam bersemangat dalam memberi kefahaman kepada penghuni RSK bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah meninggalkan kita umatNya kerana Muhammad s.a.w meninggalkan kita Al-Quran dan As-Sunnah untuk dijadikan panduan dan ikutan dalam kehidupan. Nikmat Iman, nikmat Islam dan Nikmat Kesihatan serta pelbagai nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada hambaNya seharusnya menjadikan kita lebih dekat dengan qudwah hasanah iaitu Muhammad B. Abdullah, Rasul yang tidak pernah melupakan umatNya... ummati, ummati,ummati.

Sesi malam di akhiri, sesi bersama Pengurus dan warden-warden RSK. Kami berpuisi,bercerita dan bernasyid khas untukMu Ya Rasulullah dan muhasabah diri dalam menempuh Mehnah Kehidupan. Perjuangan dakwahMu Ya Rasulullah,pasti ada penyambungnya. Ya allah, Suburkan dan Ikhlaskan hati-hati kami dalam perjuangan dakwah Ad-deenMU. Ameen

Thursday 11 February 2010

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN DAN KUNJUNGAN YB. ABD. FATAH MAHMOOD KE RS KELANTAN


Alhamdulillah pada 9 Feb 2010/ 24 Safar 1431 H, YB Fatah dan zaujah Pn. Fahimah sudi meluangkan masa untuk berkunjung ke Raudhatus Sakinah Kelantan. Majlis penyerahan sumbangan dan kunjungan ini dipengerusikan oleh Prof. Dr. Din Suhaimi.





Penyerahan sumbangan untuk pelan pengoperasian RS Kelantan pada tahun 2010 disampaikan YB Fatah kepada Pengerusi RS Kelantan, Dr. Dasmawati Mohamad.

YB. Fatah Juga berkesempatan memberikan tazkirah buat pelatih-pelatih di RS Kelantan. Tazkirah yang amat berguna untuk dijadikan panduan buat JK RSK, ana dan adik-adik di sini.

Kami juga menerima kunjungan wartawan dari Harakah Daily, En. Mat. InsyaAllah semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t dalam usaha mengislahkan masyarakat.

Antara isi tazkirah yang masih berbekas di hati ana ialah usaha kebajikan yang di buat oleh JK RSK sesuatu yang amat baik kerana ini juga medan dakwah buat kita hambaNya. JZKK YB.Fatah Dan Zaujah atas kunjungannya. Semoga ada sinar hidayah di hati adik-adik dan sesiapa sahaja yang mendengar tazkirah YB. Amin