Saturday 25 July 2009

PROGRAM RAMAH MESRA RS KELANTAN BERSAMA SUKARELAWAN DAN MEDIA

Alhamdulillah satu program ramah mesra RS Kelantan telah dijalankan semalam, Jumaat 24 Julai 2009 @ 2 Syaaban 1430H di Sutera Inn, Kota Bharu. Program kami bertujuan untuk meraikan sukarelawan RS dan mengalu alukan media, telah dihadiri oleh hampir 30 orang seperti mana yang kami rancangkan.

Disertakan beberapa gambar untuk tatapan bersama.



Akh Che Rahimi yang merupakan TYDP JIM Kelantan mewakili YDP memberikan ucapan aluan dan pengenalan kepada JIM. Dr Muhamad Hamzah pada saat akhir tidak dapat bersama kerana abang beliau tenat dan kemudiannya kembali kerahmatullah petang itu juga...Alfatihah.

Majlis seterusnya menayangkan multimedia sepintas lalu RSK dan diikuti dengan ucapan dari ana sebagai Pengerusi RSK. Alhamdulillah wakil media dari KOSMO, Utusan dan Harakah ada bersama pada masa itu. Satu kenyataan akhbar berkenaan majlis telah dikeluarkan.


Kelihatan beberapa wakil media bersama JK RSK di meja hadapan manakala ana di meja belakang bersama sebahagian dari sukarelawan yang hadir pada program tersebut.



Dr Din Suhaimi telah mengendalikan sesi perkongsian pengalaman sukarelawan dan semua yang terlibat dalam mengasas, menggerak dan menghidupkan RSK. JZKK Dr Din kerana telah menceriakan suasana perkongsian. Ana amat terharu dengan komitment yang diberikan oleh sukarelawan kita.




Sebelum program berakhir, Akh Che Rahimi selaku wakil YDP diiringi oleh Dr Hafidzah selaku Ketua Wanita menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada semua sukarelawan yang terlibat.


Antara JK Negeri, JK RSK dan sukarelawan yang hadir.


Ini pula barisan Gen Y dengan gaya mereka tersendiri yang merupakan Warden, Pengurus, Sukarelawan dan JK RSK. JKZZ kepada semua yang telah menjayakan program ini.


Akhir sekali 2 orang wakil Gen Z, anakanda Azeezah dan Abdullah yang terpaksa dibawa bersama oleh umi dan abah mereka kerana mak cik pengasuh tak kerja hari Jumaat.

Semoga perkongsian ini akan memberi kami lebih semangat dan bersungguh dalam kerja amal maaruf nahi mungkar.

Joy,
RSK.

Saturday 4 July 2009

Ceramah ABJZ di Dayah Darulzahiddin, Acheh.


Salam semua,



Sudah agak lama ana tidak menulis di sini. Ada banyak aktiviti yang telah dijalankan dan insyaAllah akan djalankan. Di sini ingin ana berkongsi sedikit pengalaman sebulan yang lalu mengenai penggembaraan ana bersama pelajar perubatan USM menggembara ke Acheh atas program elektif pra klinikal.





Alhamdulillah ana telah berpeluang ke Acheh selama 6 hari berakhir hari ini. Ana ke sana membawa 10 orang pelajar perubatan yang menjalanklan program elektif wajib bertemakan ‘Acheh Kami Prihatin”. Fokus utama program tersebut adalah menyantuni anak anak yatim yang tinggal di rumah anak yatin Johor di Acheh dan di Dayah Daruzzahidin di samping mengadakan BAKSOS – bakti siswa umpama khidmat kesihatan masyarakat dengan kerjasama pelajar kedoktoran dari UNSYIAH @ Universitas Syiah Kuala.

Dalam kesibukkan bersama aktiviti yang sangat padat, ana telah berpeluang menyelitkan 2 jam progam umpama ABJZ bersama pasentrawati yang berumur antara 14-18 tahun atas jemputan dari Ibu Asuhan di Dayah Daruzzahidin. Dayah Daruzzahidin yang telah ditubuhkan pada tahun 1966 merupakan pesantren yang menempatkan sekitar 200 orang anak anak lelaki dan perempuan, memberi pendidikan dan perlindungan kepada 3 kategori iaitu anak anak yatim, fakir dan konflik keluarga.
Dikesempatan bersama dengan anak anak tersebut ana juga memberi sedikit penerangan dan menunjukkan beberapa multimedia di Palestin kerana sebelum ini mereka tidak lagi didedahkan dengan keadaada di sana.