Friday 26 February 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI RS KELANTAN

Alhamdullillah pada jumaat 26 Feb 2010/12 Rabiul 'Awal 1431H, kami di RSK membuat beberapa aktiviti untuk meningkatkan rasa kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. di kalangan pelatih-pelatih RS Kelantan. Dengan tema "KeperibadianMu, Ikutan Kami". Dibahagikan kepada 3 Sesi,sesi pagi, petang dan malam. Antara aktiviti yang dijalankan pada sesi pagi ialah pertandingan puisi dan bercerita oleh penghuni RSK. Juri yang menilai persembahan adik-adik ialah Pengerusi RSK, Dr. Dasmawati Mohammad.

Sesi petang diraikan dengan ceramah. Penceramah jemputan Maulidur Rasul, Dr. Adam bersemangat dalam memberi kefahaman kepada penghuni RSK bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah meninggalkan kita umatNya kerana Muhammad s.a.w meninggalkan kita Al-Quran dan As-Sunnah untuk dijadikan panduan dan ikutan dalam kehidupan. Nikmat Iman, nikmat Islam dan Nikmat Kesihatan serta pelbagai nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada hambaNya seharusnya menjadikan kita lebih dekat dengan qudwah hasanah iaitu Muhammad B. Abdullah, Rasul yang tidak pernah melupakan umatNya... ummati, ummati,ummati.

Sesi malam di akhiri, sesi bersama Pengurus dan warden-warden RSK. Kami berpuisi,bercerita dan bernasyid khas untukMu Ya Rasulullah dan muhasabah diri dalam menempuh Mehnah Kehidupan. Perjuangan dakwahMu Ya Rasulullah,pasti ada penyambungnya. Ya allah, Suburkan dan Ikhlaskan hati-hati kami dalam perjuangan dakwah Ad-deenMU. Ameen

1 comment:

ABIMedia said...

Slm Ziarah dari kami :)