Tuesday, 10 November 2009

ABJZ DI SMU (A) TAQADDUM MA'ARIF


SALAM UKHUWAH FILLAH,
Alhmadulillah, pada Isnin 26 okt 2009(10.30pg -12.30pg) berlangsung Kempen 'Anda Bijak Jauhi Zina' Di SMU (A) Taqaddum Ma'arif, Pasir Tumbuh. Pengalaman membuat kempen ABJZ secara berseorangan memberi banyak pengalaman yang tidak terdapat di alam pengajian. Perjuangan untuk melihat adik-adik di luar sana sedar masih banyak UJIAN KEHIDUPAN yang perlu dikongsi bersama.



Terima kasih terutama kepada pihak pengurusan sekolah terutama Mudir, Cikgu Ah, Cikgu Ti dan adik-adik yang menjemput saya selaku Pengurus RS Kelantan bagi mengenengahkan isu gejala sosial yang semakin meruncing dalam masyarakat kita.


Seramai 70 orang pelajar tingkatan 2 dan 3 mengambil bahagian dalam program ini. 2 slot diberikan iaitu Pengenalan RSK dan berapa harga dirimu? serta 3 multimedia dipaparkan bagi santapan ilmu adik-adik. Resah sungguh adik-adik bila ditanya dengan soalan 'Siapa yang sedang bercinta, sila angkat tangan?' Semua kelihatan takut-takut untuk mengangkat tangan. Bercinta dengan Allah adalah jawapan yang terbaik buat kita yang memahami konsep CINTA HAKIKI.


Bukankah kita sedang hangat bercinta? Bercinta dengan Allah S.W.T.Untuk soalan 'Apa itu CINTA?' Ada yang menjawab: "Mereka yang berdua-duaan" dan ada juga menjawab "cinta kepada Allah". Tiada masalah dengan jawapan adik-adik yang penting kesediaan adik-adik untuk berkongsi. Mentaliti kita sebagai umat Islam seharusnya berbalik kepada Cinta Allah.


Di akhir Program, IKRAR 'ANDA BIJAK JAUHI ZINA' memenuhi ruang Masjid SMU (A) Taqaddum Ma'arif. Semoga pendedahan Kempen ABJZ ini mampu membuka lembaran ilmu untuk kita bekerjasama dalam Amar Ma'aruf Nahi Mungkar.Alhamdulillah, pengalaman yang amat mematangkan.

1 comment:

Anonymous said...

"Zina" datang dalam pelbagai konotasi.. terutamanya "zina mata" yang semakin berleluasa di facebook, blogspot, universiti dll.

Saya percaya ustaz telah meluaskan "skop" zina yang kita sendiri sering terlupa.