Thursday 20 August 2009

Temuramah Pengerusi RS Kelantan oleh pelajar dari USIM

Satu pertemuan di antara Pengerusi RS Kelantan bersama 4 orang pelajar tahun akhir jurusan Ijazah sarjana Muda Kaunseling dari USIM telah diadakan pada pukul 2 petang, 18 Ogos yang lalu di pejabat saya. Sesi yang mengambil masa hampir 2 jam itu betujuan untuk menemuramah Puan Pengerusi mengenai RS Kelantan. Sesi ini merupakan antara projek pelajar tersebut. Pada sebelah pagi mereka telah meluangkan masa ke rumah bimbingan kami dan menemuramah pelatih di sana dan sesi itu telah dibantu oleh warden dan pengurus kami. Terima kasih kepada Pengurus kami Cik Fatiha, Waden kami Cik Siti dan Cik Asiah.



Saya dapati pelajar pelajar tersebut berkalibar dan berwibawa dan saya yakin mereka akan berjaya dalam kerjaya mereka nanti, Ameen. Saya mendoakan agar anda teruskan usaha gigih dalam membantu merawat masyarakat yang rosak dan pincang ini. Setiap dari kita mempunyai tanggungjawab yang telah diberikan mengikut kapasiti dan kedudukan kita. Gunakanlah peluang dan kelayakkan kita ini untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi Allah ini dengan sebaik baiknya, InsyaAllah.


Zaharah, Pengerusi RSKelantan

2 comments:

Norbaizura said...

Assalamu'alaikum...

I'm looking for shout box. tapi takder.

ops, ana Baizura.. hy guys, are still remember me?

actually handset ana hilang sebaik sahaja balik ke UTM, jadi ana tak dapat nak contact antunna semua. boleh tak one of you contact me, so that i can have the number? kak fatihah ke...

di kesempatan ni nak ucap. salam Ramadhan al-Kareem. selamat berpesta ibadah, semoga ramadhan kali ini lebih mantap dari yang sebelumnya... miss you all

Pengurus RSK said...

Salam Ramadhan Kareem Bai,

Hmm.. InsyaAllah tentang Shout box tu nanti lepas ada broadband Akak akan usahakan ye. untuk pengetahuan bai, blog ni tak full time buka so kekangan yang dihadapi kalau nak buat shout box kena on selalu untuk answer the question.

InsyaAllah i will Call you, ok.