Thursday, 20 August 2009

Temuramah Pengerusi RS Kelantan oleh pelajar dari USIM

Satu pertemuan di antara Pengerusi RS Kelantan bersama 4 orang pelajar tahun akhir jurusan Ijazah sarjana Muda Kaunseling dari USIM telah diadakan pada pukul 2 petang, 18 Ogos yang lalu di pejabat saya. Sesi yang mengambil masa hampir 2 jam itu betujuan untuk menemuramah Puan Pengerusi mengenai RS Kelantan. Sesi ini merupakan antara projek pelajar tersebut. Pada sebelah pagi mereka telah meluangkan masa ke rumah bimbingan kami dan menemuramah pelatih di sana dan sesi itu telah dibantu oleh warden dan pengurus kami. Terima kasih kepada Pengurus kami Cik Fatiha, Waden kami Cik Siti dan Cik Asiah.



Saya dapati pelajar pelajar tersebut berkalibar dan berwibawa dan saya yakin mereka akan berjaya dalam kerjaya mereka nanti, Ameen. Saya mendoakan agar anda teruskan usaha gigih dalam membantu merawat masyarakat yang rosak dan pincang ini. Setiap dari kita mempunyai tanggungjawab yang telah diberikan mengikut kapasiti dan kedudukan kita. Gunakanlah peluang dan kelayakkan kita ini untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi Allah ini dengan sebaik baiknya, InsyaAllah.


Zaharah, Pengerusi RSKelantan

ABJZ di SMK Permaisuri Nur Zahirah, Besut.

Satu lagi program ABJZ telah dijalankan di sekolah tersebut semalam, 19 Ogos 2009. Program sehari penuh di sebelah pagi bersama pelajar dan guru kaunselor dan di sebelah petang bersama ibubapa mereka. Program ini merupakan usaha sama antara pihak sekolah dengan Guru Peripatetik Keperluan Khas manakala kesemua slot ceramah telah diisi oleh Prof Din Suhaimi dan Dr Zaharah sendiri dari RS Kelantan.




Seramai 200 orang pelajar Tingkatan 2 lelaki dan perempuan telah menyertainya dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sesi pertama dimulakan dengan ceramah oleh Dr Zaharah bertajuk Antara Cinta dan Cita Cita. Kemudian sesi selari menyusul dengan pelajar lelaki dan perempuan diasingkan dan sesi ini dikendalikan oleh Prof Din dan Dr Zaharah.















Prof Din seterusnya memoderatorkan sesi forum dengan Dr Zaharah dan kaunselor sekolah sebagai panelnya. Pada masa itu banyak senario yang Prof Din lontarkan kepada pelajar untuk menguji apakah tindakan yang akan mereka lakukan. Contohnya, soalan kepada seorang pelajar perempuan - Jika anda diajak oleh seorang pelajar lelaki untuk ke pantai untuk belajar bersama. Pelajar lelaki ini baik dan ibubapanya ustaz dan ustazah. Adakah anda menerima perlawaan tersebut? Hmm... apa rasanya jawapan pelajar puteri itu ya? Selepas itu komen diberikan oleh panel forum.



Program separuh hari disebelah pagi diakhiri dengan bacaan ikrar oleh pelajar untuk menjauhi diri mereka dari perkara yang boleh membawa kepada zina ini telah diketui oleh seorang wakil dari kalangan mereka. Sesi pagi berakhir hampir ke pukul 2 petang dan kemudian sesi bersama ibubapa diteruskan pada pukul 3 petang bersama sama Prof Din Suhaimi. Tajuk diskusi adalah Selamatkah Anak Kita?


Saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak Guru peripetatik yang telah bersungguh sungguh menjayakan program tersebut. Semoga usaha kalian semua akan mendapat ganjaran dari Allah, insyaAllah.


















Friday, 7 August 2009

MEMBERI CERAMAH ABJZ

Saya dijemput untuk memberikan ceramah ABJZ pada 2 program yang dijalankan pada minggu yang lepas. Yang pertama pada 28 Julai 2009 dan yang kedua pada 4 Ogos 2009.

Program pada 28 Julai 2009
Tajuk ceramah pada sebelah pagi yang saya sampaikan adalah "Penganiayaan dan Penderaan Seksual Di kalangan Kanak-kanak Berkeperluan Khas." Manakala pada sebelah petang saya merupakan seorang panel forum di program yang sama. Program ini telah dihadiri oleh guru-guru dan ibubapa seramai hampir 300 orang. Walaupun tajuk ini memberi fokus kepada kanak kanak berkeperluan khas tetapi ia masih releven untuk memaparkan pengalaman di RS. Kalau mengikut WHO, definisi kanak kanak ini berusia di bawah 18 tahun. Manakala salah satu daripada kategori berkeperluan khas adalah mereka yang bermasalah pembelajaran. Kalau hendak dilihat dari statistik di RSK, kebanyakkan dari pelatih kami berusia bawah 18 dan hampir 25% dari mereka mempunyai tahap pendidikan hanya setakat sekolah rendah. Oleh kerana itu ada beberapa isu yang releven untuk dibincangkan.

Program pada 4 Ogos 2009




Program ini dijalankan semperna Minggu Aktiviti untuk pelajar menengah atas. Tajuk ceramah yang telah saya sampaikan adalah Antara Cinta dan Cita Cita. Sudah tentu tajuk dia amat menarik untuk dibentangkan bersama remaja.


Sesi baru bermula dengan saya memperkenalkan diri dan latar belakang

Sesi Bagaimana Solat Mu? Satu sesi dari hati ke hati....

Bersama sama dengan pelajar perempuan dan juga pelajar lelaki

Wednesday, 5 August 2009


Berita di akhbar

Pada hari Isnin 27 Julai 2009 saya menerima panggilan dari seseorang mengenai kata kata saya dalam Utusan, Berita Timur. Tak perasan pun sebelum tu kalau tak ada yang menalipon dan bertanya. Selepas tu ada lagi beberapa panggilan bertanyakan perkara yang sama iaitu kenyaaan yang dibuat dalam akhbar. Inilah dia berita yang dikeluarkan dalam akhbar tersebut......


Hmmmm...patutlah, bila saya baca barulah perasan. Apa yang ditulis itu tidaklah tepat walau pun sebahagian dari berita itu betul.

Memang kami di RS Kelantan menerima panggilan purata 5 sehari @ 150 sebulan sepertimana ditulis dalam berita tersebut. Panggilan itu walau bagaimanapun bukan kesemua datang dari Kelantan. Itu yang tak betul tu! Marahlah orang Kelantan....Panggilan yang kami terima tu dari serata Malaysia.


Selain itu panggilan yang kami terima bertanyakan banyak hal, bukan sahaja untuk memasukkan anak anak mereka ke RS Kelantan walaupun itu antara yang biasa diterima. Ini lagi satu yang kurang disenangi.... Sebab ada panggilan yang ingin bertanya pendapat atau mendapat maklumat lebih apa yang mereka patut lakukan terhadap sesuatu masalah atau isu.

Itulah kadang kala yang berlaku dalam kehidupan. Apa yang kita hasrat atau ingin sampaikan kadang kala disalah ertikan atau pun tersalah tafsir.


Wallahua'lam.

Dr Zaharah.