Thursday 10 December 2009



Alhamdulillah, adik-adik di RS Kelantan menerima kunjungan dari pelbagai pihak sekitar hujung tahun 2009 ini. kali ini kami di RS Kelantan menerima kunjungan dari kaunselor KIST (Kolej Islam Sains Dan Teknologi), Cik Hafizah. Kunjungannya bertujuan mengenali dengan lebih dekat masalah yang menimpa adik-adik di RS Kelantan. Semoga kunjungan dan perkenalan ini memberi kebaikan buat adik-adik di RS Kelantan.

Di samping itu kami di RS Kelantan ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Pengantin Baru buat Cik. Hafizah yang akan mendirikan rumahtangga pada hujung bulan 12/2009". Jzkk atas kunjungan mesra dari kami di RS Kelantan.

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah.. tetamu membawa rahmat.. semoga berkah itu berterusan ya Mbak.

Pengurus RSK said...

Insya Allah...dan terima kasih kerana mengunjungi blog kami