Alhamdulillah satu program ramah mesra RS Kelantan telah dijalankan semalam, Jumaat 24 Julai 2009 @ 2 Syaaban 1430H di Sutera Inn, Kota Bharu. Program kami bertujuan untuk meraikan sukarelawan RS dan mengalu alukan media, telah dihadiri oleh hampir 30 orang seperti mana yang kami rancangkan.
Disertakan beberapa gambar untuk tatapan bersama.
Akh Che Rahimi yang merupakan TYDP JIM Kelantan mewakili YDP memberikan ucapan aluan dan pengenalan kepada JIM. Dr Muhamad Hamzah pada saat akhir tidak dapat bersama kerana abang beliau tenat dan kemudiannya kembali kerahmatullah petang itu juga...Alfatihah.
Majlis seterusnya menayangkan multimedia sepintas lalu RSK dan diikuti dengan ucapan dari ana sebagai Pengerusi RSK. Alhamdulillah wakil media dari KOSMO, Utusan dan Harakah ada bersama pada masa itu. Satu kenyataan akhbar berkenaan majlis telah dikeluarkan.
Kelihatan beberapa wakil media bersama JK RSK di meja hadapan manakala ana di meja belakang bersama sebahagian dari sukarelawan yang hadir pada program tersebut.
Dr Din Suhaimi telah mengendalikan sesi perkongsian pengalaman sukarelawan dan semua yang terlibat dalam mengasas, menggerak dan menghidupkan RSK. JZKK Dr Din kerana telah menceriakan suasana perkongsian. Ana amat terharu dengan komitment yang diberikan oleh sukarelawan kita.
Sebelum program berakhir, Akh Che Rahimi selaku wakil YDP diiringi oleh Dr Hafidzah selaku Ketua Wanita menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada semua sukarelawan yang terlibat.
Antara JK Negeri, JK RSK dan sukarelawan yang hadir.
Ini pula barisan Gen Y dengan gaya mereka tersendiri yang merupakan Warden, Pengurus, Sukarelawan dan JK RSK. JKZZ kepada semua yang telah menjayakan program ini.
Akhir sekali 2 orang wakil Gen Z, anakanda Azeezah dan Abdullah yang terpaksa dibawa bersama oleh umi dan abah mereka kerana mak cik pengasuh tak kerja hari Jumaat.
Semoga perkongsian ini akan memberi kami lebih semangat dan bersungguh dalam kerja amal maaruf nahi mungkar.
Joy,
RSK.
6 comments:
Tahniah diatas kejayaan majlis....so sorry I couldnt make it.
Terima kasih kerana menghargai kami semua....but honestly,jasa org yg menghargai itu lebih besar dari yg di hargai...esp Puan Pengerusi sendiri yg banyak mengorbankan masa,tenaga dan perasaan untuk RSK.
(Wakil Gen Z yg dua org tu pun banyak berkorban...selalu kena tinggal dgn Ummi!)
Kak An
salam..
cmner nk jd sukarelawan RS?
Terima kasih atas minat Hazwani..boleh email kami di areskay09@gmail.com. Nanti kami terangkan syarat2nya ya...
Salam sejahtera kepada Yg Bhg Dr Din Suhaimi, semua rakan sahabat handai dimana jua, semoga Allah memberkati usaha kita.
Saya berharapan tinggi agar Dr Din Suhaimi sudi melayari www.rajamenangis.blogspot.com dan semoga beliau mendapat ilham dari sana jua.
--KMKK7680
Ya, mungkin kerana itu
Post a Comment